Powered By Blogger

Jumaat, 5 Disember 2014

REMPEYEK WARISAN MAK......


kali ni..entri pasal masakan...resepi arwah mak..dulu mak meniaga ni...skrg sy wat side income...ade tempahan sy buat...
      sy mmg suke masak..anak perempuan sulung mmg kne pndai masak kn...lain kali share resepi lg...tp utk kali ni..sy nk share rempeyek warisan ni..

bahan-bahan

1pkt tpg beras (sy gne cap teratai)
1 cwn santan pekat
2 1/2 cwn air
3 bji telur
garam
ketumbar,jintan (di kisar)
ikan bilis
kacang tanah
minyak masak utk menggoreng

cara-cara

semudah ABC...gaul semua bahan-bahan...tengok kepekatan...ready msuk kuali.sy pakai acuan...lepas tuang atas acuan,tabur ikan bilis n kacang tanah..kne cepat..nnt adunan kering atas acuan..tk lekat ikan n kacang tu


Sabtu, 29 November 2014

SOLAT JAMAK DAN QASAR

SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.

Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.
Syarat Jamak Takdim
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir : 

i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR

Qasar
ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah : 
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) : 

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.
Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar. 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya' 

Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut : 

Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar: 
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. 

Ahad, 19 Oktober 2014

TAZKIRAH....SELAMAT HARI TUA....

Peringatan Untuk Diri Sendiri...Perkongsian Untuk Semua...


1. Sisa hidup semakin pendek:
   
     > yang kita boleh makan,makanlah
     > yang kita boleh pakai,pakailah
     > yang ingin kita beli,belilah
     > kalau masih mampu memberi,berilah

kerana semua yang kita ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris,Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hidup ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu,umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia,kita sangat beruntung, berbuat baiklah dan selalu mengucap syukur kerana kita tidak tahu bila kita akan di panggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu,hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI!.

4. Bila membandingkan ke atas kita akan selalu merasa kurang, membandingkan ke bawah kita merasa lebih,bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya,kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta,kekayaan,pangkat,kedudukan,kehormatan---semua itu hanyalah sementara,hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak membuat hal2 tercela, mengawal diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada....dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagian hidup ini.

6. kasih ibu bapa kepada anak-anak tiada batasnya!!!.Kasih anak-anak terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit,hati ibubapa terhiris,tapi di saat ibubapa sakit,anak-anak cuma menengok dan bertanya ala kadar...anak-anak memakai wang orang tua seperti keharusan tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berl;aku!!!oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak tetapi rumah anak belum tentu menjadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberi anak tanpa batas...tetapi tidak semua anak akan berbakti kepa ibu bapa....SELAMAT HARI TUA



Aku berdoa Ya Allah:

- Muliakanlah yang membaca pesan ini
- lapangkanlah hatinya
- bahagiakanlah keluarganya
- luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan
- mudahkan segala urusannya
- kabulkan cita-citanya
- jauhkan dari segala penyakit,fitnah,prasangka keji,berkata kasar dan mungkar
- jauhkan dari segala musibah
- terimalah segala amalannya
- kelak jadikannya penghuni syurgaMU

amiin...amiin..ya rabbal alamiin...

Jumaat, 10 Oktober 2014

KHASIAT BISMILLAH 5


Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.



1. Bismillaahir rohmaanir rohiim (dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha                                                                                                                                Penyayang)
2.  Bismillaahisy syafi (dengan nama Allah yang menyembuhkan)
3.  Bismillaahil kaafi(dengan nama Allah yang mencukupkan)
4.  Bismillaahil mu’aafi(dengan nama Allah yang menyihatkan)
5. Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i         wahuwas samii’ul aliim (dengan nama Allah yang tidak memudaratkan oleh segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi,dan Dia lah yang maha Mendengar lagi maha Mengetahui

..

Fadhilat Bismillah 5.

  •  Menghalang jin dan syaitan
  • Terpelihara dari bahaya dan musuh
  •  Penawar pelbagai racun dan bisa.
  • Penawar penyakit gila meroyan.
  •  Melegakan bengkak dan benjol.
  •  Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  •  Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
  •  Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
  •  Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.




Kaedah Merawat

.
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.


Amalan Bismillah 5 

.
  1. Ayat 'BISMILLAH5' ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca 'BISMILLAH5' kemudian baca 'BISMILLAH6' sebanyak 33 KALI setiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya 'BISMILLAH 5' diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal 'BISMILLAH5'.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.


Wallahu A'lam

bila isteri berleter.....

assalamualaikum....bertemu kembali....sekadar perkongsian....

CATATAN UNTUK SUAMI TERSAYANG


"Saidina Omar yang begitu garang pun tuan-tuan....tak marah bila isteri BERLETER...
  ada yang bertanya...kenapa tuan tak marah balik? lalu dia membalas...

        Dia dah masak untuk aku
        Dia dah beranakkan anak aku
        Dia bersalin anak aku
        Dia jaga anak aku
        Dia jaga pakai aku
        Dia ambil banyak tanggungjawab aku

sebab dia berleter sangat pendek kalau di banding
dengan dia jaga anak aku..
jadi...
buat apa nak ambil hati